Model Assure

Laman web pembelajaran Bahasa Melayu ini dibina dengan menjadikan Model Assure sebagai garis panduan yang tetap.

 

Berikut merupakan Model Assure yang kami gunakan dalam membangunkan tapak pembelajaran ini :

 

Tahun: 6 Maju

Tahap : Sederhana

Bil Murid : 30 orang murid

Tajuk : Simpulan Bahasa

 

Fokus Utama : 8.2 Membina dan menulis ayat tunggal dan ayat majmuk dalam sesuatu penulisan teks tentang sesuatu tajuk.

Aras 1 (i) Membina ayat tunggal dan ayat majmuk berdasarkan tajuk.

 

Fokus Sampingan : 6.1 Membaca dan merujuk pelbagai sumber untuk mendapatkan                                             maklumat bagi tajuk yang dikaji termasuk maklumat daripada                                               internet.

Aras 3 : ii)Merujuk internet untuk mendapatkan maklumat berkaitan                                                                sesuatu topik.

 

Objektif :  Di akhir sesi pengajaran dan pembelajaran, murid dapat :

  1. membina sekurang-kurangnya enam dari sepuluh ayat tunggal berdasarkan simpulan bahasa yang dipilih.
  2. melayari laman web pintarmeneroka.webnode.com bagi mendapatkan maklumat berkaitan simpulan bahasa.
  3. Menulis cerita mengenai “Gotong-royong Membersihkan Kelas’ secara sumbang saran dengan menggunakan ayat majmuk.
  4. Menulis sekurang-kurangnya lapan dari lima belas perkataan berdasarkan huruf yang telah diberi.

 

Mod:  Tutorial, penerokaan, aplikasi dan komunikasi.

 

AKTIVITI

  • “Simpulan Bahasa ” ( Mod : Tutorial )
  • Murid-murid dikehendaki untuk klik huruf-huruf yang disediakan dalam laman sesawang pintarmeneroka.webnode.com pada pautan simpulan bahasa untuk mengetahui contoh-contoh serta maksud-maksud simpulan bahasa.

 

AKTIVITI

  • “ Kuiz ” ( Mod: Penerokaan)
  • Murid menjawab soalan kuiz berkaitan simpulan bahasa yang berkaitan dengan simpulan bahasa yang telah dipelajari.
  • Murid akan membuat latih tubi dan lebih memahami akan simpulan bahasa yang dipelajari.

 

AKTIVITI

  • “Gotong-royong” ( Mod: Aplikasi dan Komunikasi)
  • Bercerita secara sumbang saran mengenai gotong-royong yang dijalankan sekolah di ruangan forum.
  • Contoh-contoh gambar aktiviti gotong-royong yang dijalankan.

 

 

AKTIVITI

  • “ Bina Perkataan” ( Mod: Penerokaan)
  • Murid membina sebanyak mungkin perkataan berdasarkan huruf yang diberi.

 

AKTIVITI

  • “ Respon” ( Mod: Komunikasi )
  • Cikgu semak tugasan yang diberi.
  • Cikgu beri komen kepada murid-murid berdasarkan hasil tugasan mereka.
  • Murid dan guru dapat berkomunikasi secara talian internet bagi sebarang perkara yang berbangkit.